Thursday, September 3, 2015

KeNduRi DiRi SeNdiRi

.:: Assalamualaikum ::.

ok dalam tahun 2015 ni banyak yg dah berlaku dalam hidup aku... Alhamdullilah dengan segala rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku Ya Allah. So nak meneruskan cerita dalam tahun 2015 ni Alhamdullilah aku telah bergelar seorang isteri yang sah kepada Mohd Alif Md Roslan...KAmi bertunag pada DIsember 2014 dan berkahwin pada Mei 2015... Dari segi preparation tu usah nk cakap la mmg tak menang tangan nak buatnya. Yelah pagi kerja di sekolah kadang mesyuarat sampai ke petang bila malamnya kadang-kadang nak settlekan kerja yang dari sekolah ni...Memang menguji kesabaran dan keletihan tapi setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Memang waktu cuti hujung minggu tak rasa macam cuti pun sebab waktu tulah aku sibuk ke hulu hilir beli barang-barang dari segi goodies beg segala bagai. Dari segi makanan Alhamdullilah aku dikurniakan seorang ayah yang memang menjadi tenaga kerja memasak di kampung, jadi segala urusan hal makanan memang ayah yang handle dan settlekan.. dan utk pengetahuan semua konsep kenduri aku adalah gotong royong. Honestly memang rasa best la sebab waktu ni dapat tengok ukhwah yang terjalin anatara penduduk kampung. Konsep ni ayah aku yang mintak untuk buat sebab katanya lebih meriah dan seronok kalau rewang-rewang ni.

ini goodies beg kenduri...Aku selagi blh jimat maka akan jimat ecece...kandungan goodies ni kebanyakkan makanan kuih dulu2 mcam bahulu, karas, kuih tiram, kerepek dan cenderahati daripada pengantin..Sticker merah tu ak buat dan print sendiri kat rumah..beli gam dan tampal... cuma penat nak menampal jer laa. Bahagian ni kakak aku lah yang banyak tolong..Aku balik kerja tengok dia dah siap tampal bubuh reben dan packing2 kuih2 semua.


sebenarnya bunga telur untuk tetamu pun aku buat sendiri.. Sebab aritu tengok ada kawan boleh buat sampai 300 kuntum so aku pon cabar diri aku untuk buat ni sehari 10 kuntum... Alhamdullilah walaupun rasa mcm nak muntah ijauu sebab mengadap ke bunga telor ni selama 3 bulan tapi akhirnya puas sebab boleh buat sendiri untuk kenduri sendiri.. Tu pon jenuh google dan tengok youtube...Bunga yang ketiga baru jadi mcm ni.. Yang lain hampehh jer... Untuk bunga telor aku cuma beli yang siap dah 100 kuntum jer tu pon untuk letak atas pelamin..untuk tetamu aku bagi yang aku buat sendiri ni je haaa....Pesanan penaja pada aku kertas untuk buat bunga telor carnation yang jenama gold leaf je menjadi dengan mekar dan cantek.. dan pilihan warna pun bnyak yang cantek.

ok seterusnya, aku cukup terharu dengan usaha, keringat dari semua yang menjayakan majlis aku terutama keluarga aku la..Emak aku pon sampai demam2 uruskan kenduri anaknya ni ha.. Segala persiapan dari segi juadah, goodies utk org kampung yang rewang sume emak aku yang handlekan..Segala barang-barang aku banyak beli dekat Kedai A tu Z Barangan Perkahwinan, Kedai barangan Pengantin Kuala Kangsar, Happy Home Ipoh, Kedai Sky Blue Sg Petani, Happy Bridal Sg Petani dan banyak kedai-kedai yang aku lupa namanya hahaha...






Ini sebahagian hantaran aku untuk pihak lelaki.. Aku jenis yang simple so yang ini hasil tangan sendiri yang tidak seberapa kreatif. Dari pihak aku 7 dulang dari pihak lelaki 9 dulang.. Sebenarnya barang-barang hantaran ni aku dan suami buat mcm ni, Kami beli barang masing-masing jadi suka hati la nk beli barang mcm mana janji berkenan di hati lepas tu kami tukarkan jer.. So xde la nati dikemudian hari ada bunyi-bunyi yang barang tu tak best ke ape kan.. Hantaran dari aku untuk suami Kasut, Clutch Beg, Perfume Body Shop, Sejadah, Kemeja dan Kek Cheese.


Ini kawan2 dari housemate C212, Alhamdullilah kami bersahabat sehingga kini dan mereka hadir di hari bahagia aku....kami yang banyak tolong waktu susah dan senang waktu zaman belajar dlu dan sampaia sekarang masih keep in touch. huhu siap depa dtg pakai baju sedondon kedondong lagi...

 Geng Slumber Sempoii..
Kak Fizah dan Kak Syakirah





 Sebahagian tetamu yang hadir....ada dari rakan-rakan waktu sekolah, rakan-rakan kampung, rakan universiti, rakan sekerja....Terima kasiih buat rakan-rakan gurur dari SMK Dato' Ahmad termasuk pengetua pon dtg.......sedara mara sebelah ayah dan emak....Syukur lauk pun cukup buat semua tetamu.. Rasa seronok bil tengok ramai tetamu yang hadir untuk kenduri aku kali ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian semua..ececee ayat...


 
Wajah Ayahanda dan Bonda tersayang..Penyokong, Tulang Belakang dan segalanya bagi aku...Yang bersusah payah untuk anak perempuan yang sorang ni. Alhamdullilah sentiasa bagi tunjuk ajar dan semangat dalam segala aspek. Penat memang penat tapi mereka sentiasa tersenyum untuk kenduri aku ni....




Sponsor silat dan rampaian tarian dari Maksu Oya Gojezzz....  
semua anak-anak murid maksu yang maksu bawak dari Klang, Selangor.
Terima Kasih banyak2 Maksu...


 Kawan-kawan waktu belajar sama2 di UPSI


 Kawan-kawan sekolah menengah
(Mazura, Ainun, Nisa, Mira, Yen Mei dan Akmal)


 Anak-anak murid yang masih keep in touch
Aqish, Bella dan Jah (kemana2 sntiasa bertiga)


Anak-anak murid kesayangan yang sentiasa hulurkan bantuan walaupun waktu ni sibuk dengan program2 SPM dan waktu kenduri aku ni, baru mendapat berita pemergian rakan sekelas mereka buat selamanya.. Aminur Rahman Mohd Amin, Alfatehah...Baju dan tudung depa ni disponsor oleh mereka sendiri demi kenduri aku....First ak dipostingkan sebagai guru, mereka la kelas pertama yang aku masuk..mula-mula malu2 ayam semua, lepas beberapa minggu keluar dh gelak mengilainya....Masa mereka form4, depa janji dengan aku katanya nk jadi pembantu aku bila aku khawin nati... Alhmdullilah kerana janji tu lah mereka hadir untuk hari bersejarah aku.....


 Harta dunia akhirat....Keluarga yang banyak membantu..kami tema biru turqoise....
mata masing2 dah pandang merata2 hala dah..hihihi

 Dan ini keluarga ku....
Buat suamiku Mohd Alif selamat dtg ke keluarga kami yang serba sederhana ini....


 
Pengantin pon penat hahhaha.Alhamdullilah majlis aku berjalan dgn jayanya...Bersyukur sgt dengan tenaga, masa dan segalanya dari keluarga, sanak saudara, org kampung, kawan2, dan tetamu2 yang hadi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua....dan kami mengucapkan terima kasih sgt2...ecece bajet ade org baca kan bihahahha....okey ini sahaja yang sempat aku coretkan...terima kasih jugak sbb sudi membaca....


Thursday, July 30, 2015

Persiapan Perkhawinan

.:: Assalamualaikum ::.

Entry kali ini aku nak kongsikan mengenai persiapan perkahwinan bagi bakal-bakal pengantin yang akan berkahwinan tidak lama lagi. Perkongsiaan ini harap bermanfaat la pada semua yer sbb aku pon baru menempuh situasi ini beberapa bulan yang lepas... Yelah aku tahu bagi bakal pengantin mesti blur kn tak tahu nak mula yang mana dulu..ok disini aku kongsikan beberapa persiapan yang boleh dilakukan hihihi..

1. Kursus Pra-Perkhawinan
Kursus khawin ni kalau boleh ambil la awal sbb ni boleh dikatakan perkara penting la dalam urusan perkhawinan dari segi dokumen  dan juga ilmu. Malah kursus ni kalau ambil awal maka sijil tu sah sampai bila-bila sbb tiada tarikh luput. Jadi kalau ambil awal pon apa salahnya menyenangkan kerja kan. 

2. Urusan Borang Nikah/ Ujian HIV
Sekarang ni aku tak tahu la kalau tempat lain tapi negeri Perak dan start guna permohonan nikah secara online. Maknanya kena daftar dan isi maklumat dalam talian atau pun online.. Jadi bila dah isi baru boleh print segala borang maklumat pengantin lelaki dan perempuan, Borang Ujian HIV, Borang wali wakalah dan Borang Pemastautinan. Macam aku, aku isi permohonan nikah online ni 3 bulan sebelum tarikh aku nikah. Untuk borang HIV ni dia ada tempoh sah laku ada yang 3 bulan ada yang 6 bulan. Yang penting dua-dua negatif Alhamdullilah..Selepas tu, sebulan sebelum tarikh bigday ak baru akuberurusan dengan pendaftar pernikahan atau lebih mesra kita panggil tok kadi la.. So dua orang saksi tok kadi dah sediakan segala urusan aku berjalan dengan lancar, Alhamdullilah..

3. Tempahan Baju Perkahwinan/Pelamin/Khemah
Yang ini ikut selera dan citarasa masing-masing la kalau nak tempah yang mcm mana kan. macam aku haritu tempahan aku buat awal bulan Februari dah buat walaupun tarikh kenduri 29 Mei 2015 (nikah) dan 30 Mei 2015 ( Kenduri) sebab suami aku bekerja di Sarawak (T T) jadi waktu cuti je lah dia balik semenanjung jai waktu cuti tu la kami kerahkan tenaga utk settlekan bab baju dan pelamin semua.. Kalau rajin serve la tempat-tempat so boleh buat perbandingan harga dan cantek ke tidokkk!!! hihihi...ikut pada bajet la nk sewa ke nak tempah baju baru ke..Ukur baju di badans endiri la kan hihihi...

4. Perancangan Hantran/Goodies Beg/ Bunga Telur
Untuk bab ni masa kenduri aku memang mak ayah aku suruh settlekan terutama bab hantaran la. waktu cuti jugak la aku dan suami cari..Tak cukup dengan suami waktu hari Sabtu Ahad (yelah suami aku balik waktu cuti panjang jer) aku hangkut keluarga aku dan kawan-kawan pergi cari barang khawin aku. Penuh kereta wehh....tapi berbelanja biar kita listkan dulu barannya agar perbelanjaan tak akan menjadi berjela-jela...Sebab kau sampai kat kedai barang perkhawinan nantu percaya lah yang kau akan rambang mata sebab semuanya cantek2...bahagian ni mmg kena banyak senarai dari hantaran, barang goodies beg, Kuih Muih nak hidang.

5. Kad khawin/ Banner
Ha yang ni kena awal la kalau boleh sebulan sebelum mesti kad kau dah siap letak dalam sampul untuk diedarkan. Aku dulu serve setiap kedai cari yang kualiti dan murah. Tapi kalau kreatif boleh buat sendiri lagi jimat dan puas hati. Aku dulu tempah jer siap dengan pakej banting.. Yang tu ikut pada budget masing-masing la yer..Aku dulu punya risau tempah awal so kad siap 2 bulan sebelum kenduri.

 6. Makanan
Kita kena bincang untuk urusan makanan bagi tetamu, rombongan pengantin dan sebagainya la.. Macam kenduri aku, ayah aku pilih konsep gtong royong dgn masyrakata kampung jadi makanan yang dihidang kena la bersesuaian dgn keadaan dan suasana. Ayah aku ada la buat mesyuarat kecil dengan AJK Masakan untuk tentukan makanan pada sebelah malam (nikah) dan ptg (kenduri) untuk tetamu.. manakala mesyuarat dgn golongan belia bagi kendalikan urusan penghantaran makanan, minuman, dan kebersihan..So segala jenis lauk telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut..

7.Rancang Budget
Segala barang yang dibeli perlulah disenaraikan dan resit-resit jangan buang sbb blh kira balik berapa banyak wang yang telah keluar. Sb yelakan kendakang tu mesti la ade juga terselit barang yang tak ada dalam senarai tapi dibelinya jgak kan... Budget ni penting mmg kena alert dan jgan sambil lewa risau nanti terlebih belanja lepas khawin nati jenuh nak cover hutang-hutang kan...Berbelanja biar berpada-pada jangan terlampau ikutkan nafsu berbelanja sampai terbabas......

Ok diharap perkongsian ni bermanfaat pada bakal-bakal pengantin yg nak berumahtangga nanti... Yang penting kenduri yang dibuat ikhlas bak kata orang biar tetamu puas hati denagn layanan kita dan yang penting ikot budget jgan nak nmpak vavavum tapi hutang sana sini...


 .. Kakak Payung satu gambar... ni belah kakak tema ungu biru turqoise...


Tuesday, July 14, 2015

i'm back !!!

assalamualaikum....

hai sume...tudia lama giler la ceq x mengupdate blog ni...bersawang sungguh2 la....dalam masa dua tahun ni banyak bnda yag terjadi...now!!!! saya dh bekerluarga dan mempunyai pekerjaan yang diipiakan sbgai seorang guru..Alhamdullilah.....maaf sungguh diatas kemalasan yang melanda walaupon sbnarnya xda sape baca ceq pnyer blog pon hahhahahaha.....xpe2 cool kn ati yerkkk.....

ok nati ceq update sgala bnda yang blh dikongsi...ye la bnda yng baik ape salhnya dikongsi lagipon mood nk menulis blog sudah kembali...jdi manfaatkan dgn sebaiknya....

Friday, September 20, 2013

BiLa TiBa HaRi JuBaH SaYa....

.:: assalamualaikum ::.

Yeeehaaa!!!!! stelah berbulan2 mendiamkan diri taaraa dora dtg lagi hehehehe...hahhaha disebabkan kebuntuaan idea dan kemalasana yg bergunung-ganang maka blog yg sepi ini terus sepi dan sepi kih2...ok skrang ni bru free sikit yela memandang kn ak skang mnjadi penghuni rumah yg tetap maka masa yg ade tu dripada dibazirkan begitu shaja maka bgus jgak jari jemari tgn ni menenkan utk mngupdate blog ni...

12 September 2013, wah tarikh keramat sbb ak dh bergelar alumni UPSI....KONVO!!!!!!!!!! hari jubah sewa dari UPSI wehhh.....wah tahniah utk diri sendiri dan rakan2 seangkatan yg lain...bkn main kepalang lagi suka sbb dh gradd....yehhaaa anak mak ngan ayah ni dh besar dh skrang blh keje dh kn heyah..heyah...ok jom tgok gmborrr~~~~


kami dh konvo....
rezeki dpt konvo hari yg sama dgn maksu..
cuma beza maksu master, ak ijazah je yg mampu :p


Photo: Konvo Upsi
mereka sgalanye...
tma kaseh mak ngan ayah :)
ambek gmabr waktu panas terik maka mata sepet mcm anak cina hehe


Photo: Big Family
Insyaallah akan menjadi keluarga yg besar suatu ari nati, amin~~
gambar ramai2 nk bgi lgi meriah....


Tangkap gambar smpai pengsan hehe...



bergambar lagi...
ni je aktiviti yg sgt best bila pakai jubah sewa dari upsi ni..
huhuhu


Photo: krek2...
ajak family pak alip beramah mesra dgn mak2 sedara kite..
tma kaseh maklong dan cik sbb bagi bunga cantek...
terharu dpt bunga banyak masa pakai jubah sewa ni hehehehe


Photo: KONVOKESYEN UPSI 15 "Roslan Family"
tak dilupakan keluarga pak alip...
cograt awak hehehe...
tma kaseh atas layanan baik, mesra, ramah family pak alip yer...
tma kaseh jgak untuk baju konvo :)


ok tu je gambar yg boleh ditatap...ni pon ambek dari facebook jer...tma kaseh tkang tangkap gambar hehehe...jumpa lgi kawan2 skalian.....ampun dan maaf jgak buat kawan2 upsi 90/10...ade yg smpat jumpe ade yg x smpat jumpe...ade rezeki jumpe lagi, amin~~~~~


Tuesday, May 28, 2013

MeE SiPut

.:: assalamualaikum ::.

hai2, ok memandangkan sya begitu busy menjadi senior di thun akhir maka sya x berkesempatan la kn nk belek2 blog..maafkanlah tuan mu blog kamu diabaikan sejak berbulan2...huhuhu ok walaupon penat aku tetap gagahkan la taip entry ni demi bagi blog daku x berhabuk nati hacummm..hacum...ok sem ni ak masih lgi duk di hostel cuma kenkadang je gi menumpang kaseh dan syg di umah sewa si aini..tma kaseh aini, jenab dan nazirah...ok memandangkan budak umah dulu dh duk berasingan so sem ni ak masih duk dgan kak iti cuma ade la 4 org lagi housemate baru..

salah sorang housemate ak tu, budak johor so ak dgn muka seposen mintak dye bawak mee siput sbb ak slalo dgar org ckap pasal mee siput...so si ida pon bawak la dan ak pon makan la, first mkan tu masyallah sedap nyer, rugi sem 8 bru taw pasal mee siput mmg sedap walaupon makan cam tu tnpa smbalnyer... ditambah2 ak yg sgt suka dgn makanan bergoreng rasa sedap x terhingga la kih2..mmg sedap, ape yg tak cuba lgi tu ptot cuba sbb slalonyer ak cuma makan tempe cicah kuah kicap ha yg tu pon sedap..byangkan ak yg x mkn tempe tpi bila mkn tempe ngan kuah kicap adoiii nikmatnye sedap~~~

sumber : google
ha mcm ni la rupe mee siput..
rasa ranggup2 jer, sedap~~

tima kaseh si ida sbb bawak mee siput, dpt jugak rasa huhuhu...so lepas ni dh taw dh la kesedapan mee siput tu..tpi citarasa manusia ni kan tak sama, mybe bgi ak ye nyer amat sedap tpi bgi org lain tu ikot citarasa tekak masing2 la yer...jgn tetiba bila org kta sedap terus ckap eleh rasa biase jer...ha tu ikot citarasa tekak masing2 la yer sedap ke idok, cuma bgi ak mee siput ni mmg sgt2 sedap dan sape yg x cuba lgi try la cuba dan nilai sendiri..makanan dari Malaysia pon unik dan sedap taw.....

sumber; google
nyummy...slamt mencuba utk mkn, rugi klo x cuba.....

Thursday, March 28, 2013

JaDi MaNusiA PriHatIn SiKiT

.:: assalamualaikum ::.

wah sudah lama x menjengah ke sini.maklum lah bz..menjadi kakak senior ini sungguh memenatkan walaupon kelas 2 hari seminggu namun assgment mingguan dan assgment beserta tesis yg menyeksakan dada membuatkn ak jdi seperti suri rumah sepenuh masa tugasnyer...bnyak sgt2 kejenyer hingga uihhh x terasa assgment ku bnyak tpi tidak ku sentuh hingga kini..adoii~~ha ingt best jadi kakak senior nie..org asyik kata UNTUNGLAH KELAS SIKIT~~~ hahahha memeng untung kau adooo..kejam pnyer ayat...

ha disebabkn aku ni dh smapai tahap tepu dh jadi nk tukar tmpat wat latihan ilmiah nyer kat library..nmpak seperti rajennyer namun itu cuma satu strategi menukar tempat untuk mendapatkan mood..ha namun ade la dua tiga empat insan2 yang terpilih ni berjumpa kawan baik di library..of coz la library tempat dilarang bising kn..ha tapi insan2 tersebut ha kau wat mcm jejak kaseh di pasar mlm..ha kenapa pasar mlm, yela pasar mlm kn bising jadi klo nk bercakap mesti kuat2 kn..ha mcm2 tui insan x berhati prot tu smbang siap tepuk2 tmpar lagi,,,ha kelas ko jahh...ko smbng dgn xde prasaan simpati pada insan2 seperti kami yg mahu ketenangan dan kefokusan membuat kerja...bersembng punye la lama dengan hilai tawanyer.....

ha aku mmg x blh terima ok mak2 jah dan pak awang sekalian..

walaupon ak buat muka tak puas hati smbil pndang ke arah mak2 jah dan pak awang tersebut tpi depa leh wat muka x bersalah gelak kuat2..adoi siap aku buat bunyi SSSSHHHH dan EHEM2..blh diorang tgk pastu smbung sembang...sakit taw hati aku smbang kemain lama smpai 15minit...halooo klo nk sembang berjam2 ke kuat2 bertepuk tampar cuit2 hidung bagai sila keluar yer,,nama pon library ok..korang xde kesedaran sivik ke ape untuk bertimbang rasa org lain nk wat ape..nama mahasiswa/i tpi mne nilai2nyer..maaf yer sya x kutuk semua mahasiswa/i namun segelintir mahasiswa/i sebegini la yg mencacat semua nama org yg terlibat..

ha sungguh2 aku sakit hati org2 sebegini pnyer perangai..harap2 awak2 semua diberi kesedaran supaya perkara sebegini tak terjadi lagi..ak seperti mahu ke tempat tersebut untuk memberi gmbar tgn di bibir tnda perpustakaan adalah tempat untuk senyap..bukan jejak kaseh untuk bersembang pasal kisah hidup korang yg boleh 1 tingkat di library tersebut dengar..ha emo ni~~ mmg emo....

alert dgn tnda mcm ni dan sewaktu dgn nyer..
jadi org yg prihatin dan bertimbang rasa..
guna akal yg diberi olehNya dgn sebaiknyer, 
jgn jadi katak di dlm gelas..
blh dilihat tpi xleh keluar...



Sunday, March 10, 2013

KukuKokoKikiKakaKeke!!!

oohh Tesis..
dtg la mood membaca dan mulis tu kepada ku...
bersemangat :)