.:: Assalamualaikum ::.
Entry kali ini aku nak kongsikan mengenai persiapan perkahwinan bagi bakal-bakal pengantin yang akan berkahwinan tidak lama lagi. Perkongsiaan ini harap bermanfaat la pada semua yer sbb aku pon baru menempuh situasi ini beberapa bulan yang lepas... Yelah aku tahu bagi bakal pengantin mesti blur kn tak tahu nak mula yang mana dulu..ok disini aku kongsikan beberapa persiapan yang boleh dilakukan hihihi..
1. Kursus Pra-Perkhawinan
Kursus khawin ni kalau boleh ambil la awal sbb ni boleh dikatakan perkara penting la dalam urusan perkhawinan dari segi dokumen dan juga ilmu. Malah kursus ni kalau ambil awal maka sijil tu sah sampai bila-bila sbb tiada tarikh luput. Jadi kalau ambil awal pon apa salahnya menyenangkan kerja kan.
2. Urusan Borang Nikah/ Ujian HIV
Sekarang ni aku tak tahu la kalau tempat lain tapi negeri Perak dan start guna permohonan nikah secara online. Maknanya kena daftar dan isi maklumat dalam talian atau pun online.. Jadi bila dah isi baru boleh print segala borang maklumat pengantin lelaki dan perempuan, Borang Ujian HIV, Borang wali wakalah dan Borang Pemastautinan. Macam aku, aku isi permohonan nikah online ni 3 bulan sebelum tarikh aku nikah. Untuk borang HIV ni dia ada tempoh sah laku ada yang 3 bulan ada yang 6 bulan. Yang penting dua-dua negatif Alhamdullilah..Selepas tu, sebulan sebelum tarikh bigday ak baru akuberurusan dengan pendaftar pernikahan atau lebih mesra kita panggil tok kadi la.. So dua orang saksi tok kadi dah sediakan segala urusan aku berjalan dengan lancar, Alhamdullilah..
3. Tempahan Baju Perkahwinan/Pelamin/Khemah
Yang ini ikut selera dan citarasa masing-masing la kalau nak tempah yang mcm mana kan. macam aku haritu tempahan aku buat awal bulan Februari dah buat walaupun tarikh kenduri 29 Mei 2015 (nikah) dan 30 Mei 2015 ( Kenduri) sebab suami aku bekerja di Sarawak (T T) jadi waktu cuti je lah dia balik semenanjung jai waktu cuti tu la kami kerahkan tenaga utk settlekan bab baju dan pelamin semua.. Kalau rajin serve la tempat-tempat so boleh buat perbandingan harga dan cantek ke tidokkk!!! hihihi...ikut pada bajet la nk sewa ke nak tempah baju baru ke..Ukur baju di badans endiri la kan hihihi...
4. Perancangan Hantran/Goodies Beg/ Bunga Telur
Untuk bab ni masa kenduri aku memang mak ayah aku suruh settlekan terutama bab hantaran la. waktu cuti jugak la aku dan suami cari..Tak cukup dengan suami waktu hari Sabtu Ahad (yelah suami aku balik waktu cuti panjang jer) aku hangkut keluarga aku dan kawan-kawan pergi cari barang khawin aku. Penuh kereta wehh....tapi berbelanja biar kita listkan dulu barannya agar perbelanjaan tak akan menjadi berjela-jela...Sebab kau sampai kat kedai barang perkhawinan nantu percaya lah yang kau akan rambang mata sebab semuanya cantek2...bahagian ni mmg kena banyak senarai dari hantaran, barang goodies beg, Kuih Muih nak hidang.
5. Kad khawin/ Banner
Ha yang ni kena awal la kalau boleh sebulan sebelum mesti kad kau dah siap letak dalam sampul untuk diedarkan. Aku dulu serve setiap kedai cari yang kualiti dan murah. Tapi kalau kreatif boleh buat sendiri lagi jimat dan puas hati. Aku dulu tempah jer siap dengan pakej banting.. Yang tu ikut pada budget masing-masing la yer..Aku dulu punya risau tempah awal so kad siap 2 bulan sebelum kenduri.
6. Makanan
Kita kena bincang untuk urusan makanan bagi tetamu, rombongan pengantin dan sebagainya la.. Macam kenduri aku, ayah aku pilih konsep gtong royong dgn masyrakata kampung jadi makanan yang dihidang kena la bersesuaian dgn keadaan dan suasana. Ayah aku ada la buat mesyuarat kecil dengan AJK Masakan untuk tentukan makanan pada sebelah malam (nikah) dan ptg (kenduri) untuk tetamu.. manakala mesyuarat dgn golongan belia bagi kendalikan urusan penghantaran makanan, minuman, dan kebersihan..So segala jenis lauk telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut..
7.Rancang Budget
Segala barang yang dibeli perlulah disenaraikan dan resit-resit jangan buang sbb blh kira balik berapa banyak wang yang telah keluar. Sb yelakan kendakang tu mesti la ade juga terselit barang yang tak ada dalam senarai tapi dibelinya jgak kan... Budget ni penting mmg kena alert dan jgan sambil lewa risau nanti terlebih belanja lepas khawin nati jenuh nak cover hutang-hutang kan...Berbelanja biar berpada-pada jangan terlampau ikutkan nafsu berbelanja sampai terbabas......
Ok diharap perkongsian ni bermanfaat pada bakal-bakal pengantin yg nak berumahtangga nanti... Yang penting kenduri yang dibuat ikhlas bak kata orang biar tetamu puas hati denagn layanan kita dan yang penting ikot budget jgan nak nmpak vavavum tapi hutang sana sini...
.. Kakak Payung satu gambar... ni belah kakak tema ungu biru turqoise...
No comments:
Post a Comment