.:: Assalamualaikum ::.
ok dalam tahun 2015 ni banyak yg dah berlaku dalam hidup aku... Alhamdullilah dengan segala rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku Ya Allah. So nak meneruskan cerita dalam tahun 2015 ni Alhamdullilah aku telah bergelar seorang isteri yang sah kepada Mohd Alif Md Roslan...KAmi bertunag pada DIsember 2014 dan berkahwin pada Mei 2015... Dari segi preparation tu usah nk cakap la mmg tak menang tangan nak buatnya. Yelah pagi kerja di sekolah kadang mesyuarat sampai ke petang bila malamnya kadang-kadang nak settlekan kerja yang dari sekolah ni...Memang menguji kesabaran dan keletihan tapi setiap permasalahan ada penyelesaiannya.
Memang waktu cuti hujung minggu tak rasa macam cuti pun sebab waktu tulah aku sibuk ke hulu hilir beli barang-barang dari segi goodies beg segala bagai. Dari segi makanan Alhamdullilah aku dikurniakan seorang ayah yang memang menjadi tenaga kerja memasak di kampung, jadi segala urusan hal makanan memang ayah yang handle dan settlekan.. dan utk pengetahuan semua konsep kenduri aku adalah gotong royong. Honestly memang rasa best la sebab waktu ni dapat tengok ukhwah yang terjalin anatara penduduk kampung. Konsep ni ayah aku yang mintak untuk buat sebab katanya lebih meriah dan seronok kalau rewang-rewang ni.
ini goodies beg kenduri...Aku selagi blh jimat maka akan jimat ecece...kandungan goodies ni kebanyakkan makanan kuih dulu2 mcam bahulu, karas, kuih tiram, kerepek dan cenderahati daripada pengantin..Sticker merah tu ak buat dan print sendiri kat rumah..beli gam dan tampal... cuma penat nak menampal jer laa. Bahagian ni kakak aku lah yang banyak tolong..Aku balik kerja tengok dia dah siap tampal bubuh reben dan packing2 kuih2 semua.
sebenarnya bunga telur untuk tetamu pun aku buat sendiri.. Sebab aritu tengok ada kawan boleh buat sampai 300 kuntum so aku pon cabar diri aku untuk buat ni sehari 10 kuntum... Alhamdullilah walaupun rasa mcm nak muntah ijauu sebab mengadap ke bunga telor ni selama 3 bulan tapi akhirnya puas sebab boleh buat sendiri untuk kenduri sendiri.. Tu pon jenuh google dan tengok youtube...Bunga yang ketiga baru jadi mcm ni.. Yang lain hampehh jer... Untuk bunga telor aku cuma beli yang siap dah 100 kuntum jer tu pon untuk letak atas pelamin..untuk tetamu aku bagi yang aku buat sendiri ni je haaa....Pesanan penaja pada aku kertas untuk buat bunga telor carnation yang jenama gold leaf je menjadi dengan mekar dan cantek.. dan pilihan warna pun bnyak yang cantek.
ok seterusnya, aku cukup terharu dengan usaha, keringat dari semua yang menjayakan majlis aku terutama keluarga aku la..Emak aku pon sampai demam2 uruskan kenduri anaknya ni ha.. Segala persiapan dari segi juadah, goodies utk org kampung yang rewang sume emak aku yang handlekan..Segala barang-barang aku banyak beli dekat Kedai A tu Z Barangan Perkahwinan, Kedai barangan Pengantin Kuala Kangsar, Happy Home Ipoh, Kedai Sky Blue Sg Petani, Happy Bridal Sg Petani dan banyak kedai-kedai yang aku lupa namanya hahaha...
Ini sebahagian hantaran aku untuk pihak lelaki.. Aku jenis yang simple so yang ini hasil tangan sendiri yang tidak seberapa kreatif. Dari pihak aku 7 dulang dari pihak lelaki 9 dulang.. Sebenarnya barang-barang hantaran ni aku dan suami buat mcm ni, Kami beli barang masing-masing jadi suka hati la nk beli barang mcm mana janji berkenan di hati lepas tu kami tukarkan jer.. So xde la nati dikemudian hari ada bunyi-bunyi yang barang tu tak best ke ape kan.. Hantaran dari aku untuk suami Kasut, Clutch Beg, Perfume Body Shop, Sejadah, Kemeja dan Kek Cheese.
Ini kawan2 dari housemate C212, Alhamdullilah kami bersahabat sehingga kini dan mereka hadir di hari bahagia aku....kami yang banyak tolong waktu susah dan senang waktu zaman belajar dlu dan sampaia sekarang masih keep in touch. huhu siap depa dtg pakai baju sedondon kedondong lagi...
Geng Slumber Sempoii..
Kak Fizah dan Kak Syakirah
Sebahagian tetamu yang hadir....ada dari rakan-rakan waktu sekolah, rakan-rakan kampung, rakan universiti, rakan sekerja....Terima kasiih buat rakan-rakan gurur dari SMK Dato' Ahmad termasuk pengetua pon dtg.......sedara mara sebelah ayah dan emak....Syukur lauk pun cukup buat
semua tetamu.. Rasa seronok bil tengok ramai tetamu yang hadir untuk
kenduri aku kali ini. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan
kalian semua..ececee ayat...
Wajah Ayahanda dan Bonda tersayang..Penyokong, Tulang Belakang dan segalanya bagi aku...Yang bersusah payah untuk anak perempuan yang sorang ni. Alhamdullilah sentiasa bagi tunjuk ajar dan semangat dalam segala aspek. Penat memang penat tapi mereka sentiasa tersenyum untuk kenduri aku ni....
Sponsor silat dan rampaian tarian dari Maksu Oya Gojezzz....
semua anak-anak murid maksu yang maksu bawak dari Klang, Selangor.
Terima Kasih banyak2 Maksu...
Kawan-kawan waktu belajar sama2 di UPSI
Kawan-kawan sekolah menengah
(Mazura, Ainun, Nisa, Mira, Yen Mei dan Akmal)
Anak-anak murid yang masih keep in touch
Dan ini keluarga ku....
Buat suamiku Mohd Alif selamat dtg ke keluarga kami yang serba sederhana ini....
Terima Kasih banyak2 Maksu...
Kawan-kawan waktu belajar sama2 di UPSI
Kawan-kawan sekolah menengah
(Mazura, Ainun, Nisa, Mira, Yen Mei dan Akmal)
Anak-anak murid yang masih keep in touch
Aqish, Bella dan Jah (kemana2 sntiasa bertiga)
Anak-anak murid kesayangan yang sentiasa hulurkan bantuan walaupun waktu ni sibuk dengan program2 SPM dan waktu kenduri aku ni, baru mendapat berita pemergian rakan sekelas mereka buat selamanya.. Aminur Rahman Mohd Amin, Alfatehah...Baju dan tudung depa ni disponsor oleh mereka sendiri demi kenduri aku....First ak dipostingkan sebagai guru, mereka la kelas pertama yang aku masuk..mula-mula malu2 ayam semua, lepas beberapa minggu keluar dh gelak mengilainya....Masa mereka form4, depa janji dengan aku katanya nk jadi pembantu aku bila aku khawin nati... Alhmdullilah kerana janji tu lah mereka hadir untuk hari bersejarah aku.....
Harta dunia akhirat....Keluarga yang banyak membantu..kami tema biru turqoise....
mata masing2 dah pandang merata2 hala dah..hihihi
Buat suamiku Mohd Alif selamat dtg ke keluarga kami yang serba sederhana ini....
Pengantin pon penat hahhaha.Alhamdullilah majlis aku berjalan dgn jayanya...Bersyukur sgt dengan tenaga, masa dan segalanya dari keluarga, sanak saudara, org kampung, kawan2, dan tetamu2 yang hadi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua....dan kami mengucapkan terima kasih sgt2...ecece bajet ade org baca kan bihahahha....okey ini sahaja yang sempat aku coretkan...terima kasih jugak sbb sudi membaca....